30/01/11

Aktiviti Sepanjang JAN 2011

Sepanjang bulan Januari, pelbagai aktiviti yang PAPN Bercham telah adakan. Walaupun agak penat namun,seluruh warga PAPN cuba memberikan komitmen yang sewajarnya.

Antara aktiviti 2011 ialah Kemasukan Kanak-Kanak baru iaitu seramai 15 orang, Mesyuarat & Taklimat bersama ibu bapa/penjaga, Taklimat Caruman Insuran dan Mesyuarat PIBP kali pertama.Pelbagai aktiviti/program tahunan juga direncanakan oleh warga PAPN bersama ibu bapa/penjaga.

PAPN Bercham juga telah menerima 3 orang guru praktikal KPLI, yang menjalankan praktikum di PAPN Bercham.

Semoga kehadiran tahun baru ini, memberi 1001 kebaikan dan kejayaan kepada kami di PAPN Bercham..