11/09/11

Tema Bulan Ogos : Pakaian Seragam

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pada bulan Ogos yang lepas, PAPN Bercham banyak menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak dengan bertemakan Negara Malaysia. Pada minggu ke-3 Bulan Ogos, tema untuk tahun 4 adalah Pakaian Seragam. 


- PeiKhang,Luqman,Faiz,Kelvin,CheeMan,Adam -







Berbincang masalah negara sambil menunggu kawan perempuan menyiapkan diri

- Pakaian Kaum yang ada di Malaysia -

Bersiap sedia untuk menyanyikan lagu NEGARAKU

Puteri, Nurul dan Jasmin melihat sendiri bunga raya yang ada di taman.

- Bakal pemimpin negara, Chee Man dan Adam -

Adam melihat bunga raya dengan lebih dekat.

Kanak-kanak telah didedahkan dengan pakaian seragam yang terdapat di Malaysia dengan memperkenalkan pakaian seragam dan kegunaannya. Kanak-kanak kemudiannya di bawa keluar dari pusat untuk menyanyikan lagu NEGARAKU dan melakukan nature walk sambil melihat bunga raya. Kanak-kanak sangat teruja melihat bunga raya dan dengan mudah menyebut nama bunga kebangsaan Malaysia itu.

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara MALAYSIA. Teacher semua berharap anak-anak PERMATA BERCHAM membesar dengan semangat cintakan MALAYSIA. InsyaAllah.


9/09/11

Berhari raya di rumah anak PERMATA - Faiz Muzaffar

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bersempena kedatangan bulan Syawal, PAPN Bercham telah merangka aktiviti berhari raya di rumah anak-anak PERMATA bermula pada hari ini, Jumaat 9 September 2011 di rumah Faiz Muzaffar.














Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu dan ayah Faiz yang menjamu kami dengan kuih raya dan Mee Udang sedap! ^_^  Tak lupa juga Duit Raya yang diberikan kepada semua anak PERMATA yang datang hari ini. Tahun depan, kami datang lagi yer ^__*



19/08/11

Lawatan Jururawat Pergigian

Jururawat dari Klinik Pergigian telah mengadakan lawatan ke Pusat Anak Permata Negara Bercham pada 19 Ogos 2011. Beberapa aktiviti telah dijalankan untuk murid-murid seperti ceramah, tunjuk cara dan amali menggosok gigi. Diharap anak-anak dapat memberus gigi dengan betul selepas ini.
- Gambar akan dikemaskini pada minggu hadapan -


17/08/11

Majlis Berbuka Puasa bersama Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Tarikh : 16 Ogos 2011
Lokasi : Pusat Anak Permata Negara Bercham, Ipoh Perak
Aktiviti: Majlis Berbuka Puasa bersama Ibubapa dan Pendidik PAPN Bercham











Terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama daripada para ibubapa. Semoga kita bertemu lagi pada Ramadhan akan datang. InsyaAllah.





14/05/11

SELAMAT HARI GURU & HARI IBU 2011...

Selamat Hari Guru kepada SEMUA warga Pendidik & PPM PERMATA...Selamat Hari Ibu jua kepada SEMUA ibu-ibu..Semoga hari yang baik akan terus dilalui kita SEMUA...


Salam Sayang;
PAPN Bercham..
Lot's Of Love 2 All Mama & Teacherrr...